Buku Tetamu Interaktif

Wednesday, January 5, 2011

Kopi dan kenangan..

Sepinang dua pinang
Habis pinang dalam raga
Sudah dimakan sirih pinang
Apa cerita mahu dibuka?

mmmm...nak buka cerita apa ye...tajuk tentang pantun...tentang kopi. Cerita pantun sudah...cuma cerita tentang kopi je yang belum disebut :) Sebut kopi teringat zaman persekolahan dulu...mak mesti paksa aku, along, angah sarapan pagi sebelum ke sekolah. Kopi minuman utama...yang aku ingat kalau nak minum kopi mesti tuang atas piring dulu supaya cepat sejuk...kopi abah pulak mesti letak garam kasar sebuku kecil...tak ingat kenapa. Tapi seingat aku, yang tu la mak buat dulu. Rasa payau sikit. 

Yang paling best, bila minum petang...minum kopi...share ramai-ramai. Dengan mak, along, angah, ateh...tuang air kopi dalam pinggan, lepas tu letak biskut tawar atau biskut kering...lepas tu berebut-rebut makan. Cuma tinggal kenangan je semua tu. Masing-masing kalau balik kampung pun dah tak sempat nak tunggu lama. Kalau balik dua atau tiga hari pun, nak ke rumah adik yang ini, adik yang itu...nak bawa anak-anak pergi berjalan. 

Sekarang ni, kawan-kawan dok mengidam nak makan ubi rebus, cicah sambal...minum kopi...bila tah nak tertunai hajat masing-masing. Nak cari ubi kayu pun susah sekarang ni. Tanah pun sekangkang kera...buka pintu belakang...nampak simen...buka pintu depan...terus jalan tar...macamana nak tanam ubi...ni ada sorang staff kat tempat keje aku...pokok keledek pun dia tak pernah jumpa...macamana agaknya lima atau sepuluh tahun lagi...cuma tinggal kenangan je la nampaknya...



Monday, January 3, 2011

Salam 2011


Kalau pergi Tanjung Keramat
Singgah sebentar rumah cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga hidupmu mendapat berkat

Keriuhan anak-anak saudara yang sibuk untuk sessi baru persekolahan semalam membuatkan aku terkenang sejenak keseronokkan setiap kali menjelang Januari ketika menjadi guru.

Terkenang betapa kalutnya menghadapi ibu bapa yang datang untuk mendaftar anak-anak ke sekolah. Tapi keseronokkannya tetap ada walau sesekali dihimpit rasa letih. Semoga dengan kehadiran 2011 akan membawa kecemerlangan yang berterusan dan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Saturday, January 1, 2011

Salam Pembuka Bicara


Daun Layu di tengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara


Salam pembuka bicara untuk semua. Akhirnya blog ni wujud juga di awal 2011. Tujuannya mudah je, untuk berkongsi pantun yang sering aku gunakan dalam teks pengacaraan sepanjang beberapa tahun menjadi pengacara majlis. Agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan pantun-pantun yang bersesuaian. Kadang kala pantun yang digunakan terpaksa digunakan berulang kali. Jadi sambil minum kopi petang ni...saya kongsikan serangkap pantun untuk anda semua...