Buku Tetamu Interaktif

Thursday, February 10, 2011

Fakta Unik Tentang Kopi

1. Kopi yang tiap hari kita minum ternyata memiliki sejarah panjang. Sejarah kopi bermula dari cerita seorang penggembala kambing Abessynia (sekarang namanya Ethiopia) yang menemukan tumbuhan kopi sewaktu ia menggembala, kira-kira sekitar abad ke-9 masehi. Dari sana lalu tersebar Mesir dan Yaman, dan kemudian pada abad 15 menjangkau lebih luas lagi ke Parsi, Mesir, Turki dan Afrika Utara. Namun ada yang mengatakan sejarah kopi ini bermula dari Abessynia. Tapi ada juga menceritakan, di mana Ali al-Shadili yang gemar meminum sari biji kopi untuk membuatnya terjaga demi menjalankan solat malam. Dari sinilah akhirnya khasiat kopi menyebar sebagai minuman penghilang mengantuk.

2. Mungkin kopi yang paling unik dan paling enak rasanya adalah kopi luwak. Konon kabarnya kopi yang asli dari Indonesia ini diperoleh dengan cara unik: biji kopinya diambil dari kotoran luwak --binatang sejenis kucing liar. Padahal kopi ini dihasilkan dari tanaman kopi biasa, hanya buah kopi yang sudah matang di pohonnya itu dimakan luwak. Yang menyebabkannya istimewa adalah instink luwak yang hanya memilih buah kopi terbaik untuk dimakan. Selain itu kerana produksinya sangat sedikit dan rasanya yang hebat, maka harganya pun mahal. Bayangkan, harganya US$ 300 sampai US$ 600 per kilogram! Namun, tahukah anda, ternyata kopi luwak tiada lagi. Ada banyak faktor, mulai dari kurangnya tanaman kopi tersebut hingga semakin berkurangnya kopi luwak. Untuk itu, Pusat Penelitian Kopi dan Kakao Indonesia (PPKKI) sedaya upaya meningkatkan produksi kopi luwak dengan meningkatkan kembali luwak yang akan disebar di Kebun Percobaan Andungsari, Kabupaten Bondowoso.

3. Kopi ternyata tidak begitu saja menjadi salah satu minuman kegemaran yang paling digemari di dunia. Awalnya di Itali, ulama agama disana melarang umatnya minum kopi dan menyatakan bahwa minuman kopi tersebut dimasukkan sultan-sultan muslim untuk menggantikan anggur. Bukan hanya melarang tetapi juga menghukum orang-orang yang minum kopi. Tidak hanya di Itali, di tahun 1656, Wazir dan Kofri, Kerajaan Usmaniyah, mengeluarkan larangan untuk membuka kedai-kedai kopi. Bukan hanya melarang kopi, tetapi menghukum orang-orang yang minum kopi dengan hukuman cambuk . Di Sweden, konon Raja Gustaff II pernah menjatuhkan hukuman terhadap dua orang saudara kembar. Seorang daripada kembar tersebut hanya diizinkan meminum kopi dan yang satu lagi diizinkan hanya minum teh. Siapa yang terlebih dahulu mati, maka dialah yang bersalah dalam satu tuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Ternyata yang mati dahulu adalah peminum teh pada usia 83 tahun. Gara-gara itulah, masyarakat Sweden menjadi sangat tergila-gila dengan kopi, bahkan paling fanatik di dunia. Sehingga sekarang negara-negara Skandinavia kini peminum kopi tertinggi per kapita di dunia. Setiap orang boleh menghabiskan 12 kg lebih per tahun.

4. Awalnya, Indonesia merupakan pengeksport kopi terbesar dan terbaik di dunia. Dan tahukah anda, hal itu terjadi sebelum tahun 1880-an, dimana pada tahun tersebut terjadi wabak hama karat daun yang memusnahkan kopi arabika yang ditanam di bawah ketinggian 1 km di atas permukaan laut, dari Sri Lanka hingga Timor. Brazil dan Colombia akhirnya mengambil alih peranan sebagai pengeksport kopi arabika terbesar, sehingga kini. Pada masa tersebut, industri kopi di Jawa pernah mengadakan pameran di AS untuk memperkenalkan kopi, sehingga AS mulai mengenal kopi dan menamakan minuman itu dengan nama Java.

Friday, February 4, 2011

Jam tangan...Sijil...

Apa kaitannya dengan pantun dan kopi? Hehehe...tak kaitan langsung. Jam tu baru jumpa lepas 2 bulan lupa letak. Ada jam tangan lain...tapi jam tangan tu hadiah dari sekolah lama, bateri pun baru lepas ganti...

Sijil tu pulak...Sijil Anugerah Pengakap Negara. Sijil tu dah lebih setahun aku lupa simpan. Kebetulan jumpa dua benda tu sebab cari barang yang memang aku nak guna sangat. Yang dicari tak jumpa. Jumpa barang lain. Ok lah jugak. Rumah pun bersih...sebab siap berkemas sekali.

Hah...aku nak cerita jugak sikit tentang kopi...pernah aku tak boleh tido sampai pagi. Puncanya minum kopi 3 malam berturut-turut. Sebab masa tu aku rasa macam best je kalau dapat minum kopi sambil cicah dgn roti. Rupanya malam ketiga, aku tak boleh tidur terus sampai pagi.

Sejak tu, lama jugak aku tak minum kopi. Aku mula minum kopi semula selepas balik dari Bukit Tinggi, Sumatera. Sesekali kesannya terasa jugak. Ada waktunya aku tak boleh nak tidur kalau siangnya minum kopi. Tapi tak lah seteruk dulu.

Wednesday, February 2, 2011

"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas"

"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu. Tapi kini.... pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu pemanis atau pembuka bicara. Semoga dimasa akan datang pantun tidak terus tenggelam atau hanya menjadi sebagai satu bahan di Muzium.

3 minggu blog tidak dapat dikemaskini disebabkan aku terlupa password dan username. Puas mencuba, akhirnya hari ini aku berjaya login. Aku setuju sangat dengan pernyataan di atas. Aku mengenal pantun melalui radio. Pada masa tu, yang ada cuma radio sebagai punca hiburan. Orang yang banyak mempengaruhi aku tentang pantun adalah allahyarham mak. Mak sering minta aku carikan siaran pantun. Ada hari-hari tertentu...tapi aku dah lupa. Masa tu antara yang pengacara radio yang hebat berpantun ialah Chuari Selamat.

Aku tak lah hebat berpantun, tapi minat tu memang ada. Sekarang ni aku cuma menggunakan pantun ketika menjadi pengacara majlis. Itu pun ada suara-suara yang mengatakan tidak sesuai untuk berpantun ketika mengacara majlis, Kalau nak berpantun sangat, kata mereka cuma untuk majlis-majlis tertentu yang berkaitan dengan bahasa. Sedangkan tujuan aku cuma untuk mengembalikan keindahan berbahasa dalam Bahasa Melayu itu sendiri.

Kalau pantun hanya boleh dibaca di majlis-majlis yang berkaitan bahasa, nampaknya pantun akan cuma tinggal sebagai bahan rujukan atau sebagai bahan pembelajaran sahaja.