Buku Tetamu Interaktif

Friday, February 4, 2011

Jam tangan...Sijil...

Apa kaitannya dengan pantun dan kopi? Hehehe...tak kaitan langsung. Jam tu baru jumpa lepas 2 bulan lupa letak. Ada jam tangan lain...tapi jam tangan tu hadiah dari sekolah lama, bateri pun baru lepas ganti...

Sijil tu pulak...Sijil Anugerah Pengakap Negara. Sijil tu dah lebih setahun aku lupa simpan. Kebetulan jumpa dua benda tu sebab cari barang yang memang aku nak guna sangat. Yang dicari tak jumpa. Jumpa barang lain. Ok lah jugak. Rumah pun bersih...sebab siap berkemas sekali.

Hah...aku nak cerita jugak sikit tentang kopi...pernah aku tak boleh tido sampai pagi. Puncanya minum kopi 3 malam berturut-turut. Sebab masa tu aku rasa macam best je kalau dapat minum kopi sambil cicah dgn roti. Rupanya malam ketiga, aku tak boleh tidur terus sampai pagi.

Sejak tu, lama jugak aku tak minum kopi. Aku mula minum kopi semula selepas balik dari Bukit Tinggi, Sumatera. Sesekali kesannya terasa jugak. Ada waktunya aku tak boleh nak tidur kalau siangnya minum kopi. Tapi tak lah seteruk dulu.

0 comments: