Buku Tetamu Interaktif

Wednesday, February 2, 2011

"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas"

"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu. Tapi kini.... pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu pemanis atau pembuka bicara. Semoga dimasa akan datang pantun tidak terus tenggelam atau hanya menjadi sebagai satu bahan di Muzium.

3 minggu blog tidak dapat dikemaskini disebabkan aku terlupa password dan username. Puas mencuba, akhirnya hari ini aku berjaya login. Aku setuju sangat dengan pernyataan di atas. Aku mengenal pantun melalui radio. Pada masa tu, yang ada cuma radio sebagai punca hiburan. Orang yang banyak mempengaruhi aku tentang pantun adalah allahyarham mak. Mak sering minta aku carikan siaran pantun. Ada hari-hari tertentu...tapi aku dah lupa. Masa tu antara yang pengacara radio yang hebat berpantun ialah Chuari Selamat.

Aku tak lah hebat berpantun, tapi minat tu memang ada. Sekarang ni aku cuma menggunakan pantun ketika menjadi pengacara majlis. Itu pun ada suara-suara yang mengatakan tidak sesuai untuk berpantun ketika mengacara majlis, Kalau nak berpantun sangat, kata mereka cuma untuk majlis-majlis tertentu yang berkaitan dengan bahasa. Sedangkan tujuan aku cuma untuk mengembalikan keindahan berbahasa dalam Bahasa Melayu itu sendiri.

Kalau pantun hanya boleh dibaca di majlis-majlis yang berkaitan bahasa, nampaknya pantun akan cuma tinggal sebagai bahan rujukan atau sebagai bahan pembelajaran sahaja.

0 comments: